Gelung templat dikesan: Templat:Infobox military conflict
Pertempuran Zatu al-Riqa` (Arab:ذات الرقاع) adalah pertempuran antara pihak Muslimin dengan Bani Muharib, Bani Tsa'labah dan Bani Ghathafan, di sebuah daerah berdekatan Najd, peperangan ini telah dimenangi oleh pihak Arab Muslim. Kisah pertempuran ini juga disebut sebagai Perang Bani Anmar,[1] sedangkan dalam buku yang berjudul Kelengkapan Sejarah Nabi Muhammad, disebut juga sebagai Perang al-Ajib.[2]
Dinamakan Perang Zatu al-Riqa` kerana para prajurit Muslim telah membalut kaki mereka yang telah luka dengan potongan-potongan kain (riqa`).[3] Lalu setiap enam orang menahan seekor unta sehingga membuat kaki mereka mengeluarkan darah.
Perang ini terjadi berdekatan kebun kurma, sebelah utara Khaibar, jaraknya dikatakan hanya kira-kira 100km dari utara Madinah, yang terletak antara kebun kurma, lembah al-Hanakiyah dan asy-Syuqrah.
Menurut kisah Islam, dalam perang Dzatu al-Riqa' ini, Malaikat Jibril telah mengajari cara menunaikan Solat Khauf kepada Nabi Muhammad SAW dan umat Islam memperoleh kelonggaran untuk bertayammum. Dalam tahun itu juga terjadi Perang Badar yang terakhir, kemudian isteri Nabi Muhammad SAW yang bernama Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia. Pada tahun yang sama pula lahir cucu Nabi Muhammad SAW iaitu Husain anak Ali dan Muhammad telah bernikah dengan Ummu Salamah.